



Mutahir ini,
kita sering didedahkan dengan tragedi pembuangan bayi di tempat pembuangan
sampah, semak dan kaki lima bangunan serta sesetengahnya ditemui telah
meninggal dunia. Bayi yang tidak berdosa itu dibungkus dengan plastik
atau kain lalu dibuang tanpa ada sedikit pun rasa belas ihsan dan sifat
berperikemanusiaan.
Di samping itu,
manusia pada masa kini juga semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi
menggunakan kewarasan akal fikiran ketika bertindak. Mereka sanggup melakukan
apa sahaja asalkan kehendak nafsu mereka dapat dipenuhi. Apabila sudah
terlanjur dan mengandung, baharulah mereka tersedar dengan tindakan salah yang
mereka ambil.
Allah berfirman
di dalam surah asy-Syura ayat 49-50 yang bermaksud: “Dia memberikan anak
perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada
sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua lelaki dan perempuan
kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa
yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha
Berkuasa”.
Justeru itu, manusia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjaga amanah Allah ini serta berusaha untuk memenuhi segala keperluan fizikal, mental dan material anak tersebut.
Justeru itu, manusia mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjaga amanah Allah ini serta berusaha untuk memenuhi segala keperluan fizikal, mental dan material anak tersebut.
Sabda Rasulullah
yang bermaksud: “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberikannya nama yang baik,
mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya
al-Quran” (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).
Oleh kerana itu, kita sebagai
masyarakat Malaysia yang prihatin haruslah berganding bahu bagi menangani
permasalahan sosial ini daripada terus menular dan merosakkan masa depan negara
yang tercinta ini.


