Dewasa ini,
isu berkaitan penderaan haiwan semakin diperkatakan. Saban hari, ada sahaja isu
yang membabitkan penyeksaan haiwan sama ada yang dilaporkan di dada akhbar-akhbar
arus perdana mahupun yang berlaku di hadapan mata kita sendiri. Statistik yang teleh
dikeluarkan oleh Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) menunjukkan
sebanyak 11,576 haiwan termasuk anjing dan kucing dihantar oleh orang ramai ke
pusat itu bagi mendapatkan rawatan dan perlindungan sementara selepas dijumpai
didera dan dianiaya oleh manusia yang tidak bertanggungjawab (Berita Harian,
2005). Selain itu, sebanyak sepuluh aduan mengenai penderaan haiwan telah dilaporkan
pada setiap hari (Harian Metro, 2012). Hal ini menjadi bukti yang menunjukkan
bahawa manusia pada masa kini semakin hari semakin hilang sifat kemanusiaan
dalam diri mereka. Haiwan-haiwan seperti kucing dan anjing acap kali menjadi
mangsa kepada pelakuan ganas dan tidak bertanggungjawab mereka.
Persoalannya di
sini, ke manakah hilangnya sifat perikemanusiaan? Apakah manusia yang hidup di
era globalisasi ini semakin hilang sifat belas kasihan sesama makhluk sehingga
sanggup melakukan perbuatan sedemikian?
Kes
penderaan kucing yang dilakukan oleh pusat penjagaan haiwan Petknode di
Selangor pada tahun 2011 pernah menjadi polemik dalam kalangan media massa.
Penyebaran berita tersebut melalui laman sosial mengenai kucing yang kebuluran
dan mati di pusat penjagaan tersebut telah mendapat perhatian ramai. Kes ini
telah menjadi “viral” pada satu ketika dulu. Sebanyak 200 hingga 300 ekor kucing telah
ditinggalkan tanpa pengawasan dan penjagaan yang sepatutnya oleh pemilik
syarikat penjagaan haiwan tersebut. Selain
itu, terdapat kes penganiayaan ke atas seekor kucing oleh seorang penjaja
wanita yang berlaku pada tahun lepas turut menimbulkan kemarahan kepada para
pencinta haiwan. Wanita tersebut didakwa telah memukul, menendang serta
menyakiti haiwan malang tersebut.
Dalam pada
itu, terdapat laporan akhbar yang melaporkan mengenai warganegara Myanmar yang
menjadikan kucing sebagai menu seharian mereka. Sebelum memasaknya, mereka akan
mengetuk kepala kucing tersebut sehingga mati. Kulitnya akan disiat dan mereka
hanya mengambil organ dalaman iaitu hati dan jantung untuk digoreng (Sinar
Harian, 2012). Ironinya, kes penderaan haiwan ini bukan sahaja berlaku di
Malaysia, malahan di luar negara kes ini semakin berleluasa ibarat “cendawan
tumbuh selepas hujan.” Sebagai contoh, kes yang terbaru melibatkan hampir 500
ekor kucing yang akan dijadikan hidangan eksotik di restoran-restoran di China.
Daging kucing akan dicampurkan bersama daging ular untuk dimasak menjadi sejenis
hidangan istimewa tempatan yang digemari penduduk setempat di China (Kosmo,
2012). Contoh-contoh
penderaan haiwan yang telah dinyatakan ini menunjukkan bahawa isu ini telah
menjadi barah yang serius. Kes-kes seperti ini tidak mendapat pembelaan yang
sewajarnya kerana ia dianggap amalan biasa bagi sesetengah golongan.
Penganiayaan haiwan yang dilakukan oleh warga asing mungkin kerana perbezaan
agama dan budaya mereka. Namun, hal yang tidak dapat diterima adalah apabila
masyarakat yang beragama Islam itu sendiri yang melakukan kes penderaan
tersebut. Ke mana hilangnya akhlak masyarakat Islam yang sepatutnya
berlandaskan al-Quran dan sunnah?
Jika
dibincangkan isu ini dari perspektif tasawur Islam, prinsip-prinsip Islam dalam
hubungan manusia dengan alam sekitar juga meliputi hubungan manusia dengan
haiwan. Oleh itu, golongan yang melakukan penyeksaan ke atas haiwan ini sudah
tentu menyimpang dari aspek tasawur Islam itu sendiri yakni mereka tidak
menjaga hubungan dengan alam. Walaupun hubungan dengan Allah s.w.t perlu
dijaga, namun hubungan dengan haiwan juga tidak sepatutnya dipandang ringan.
Hal ini demikian kerana haiwan juga merupakan makhluk Allah s.w.t yang seperti
juga manusia, perlu tunduk patuh kepada Allah s.w.t. Manusia
tidak boleh membataskan kasih sayang hanya sesama manusia sahaja dan
mengabaikan hubungan dengan makhluk lain yang ada di atas muka bumi ini. Hal
ini berpandukan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sayangilah
sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi sesiapa sahaja
yang ada di langit.” (Hadis Riwayat at-Tabrani dan al-Hakim)
Oleh itu
kita sebagai kita sebagai manusia haruslah menanamkan sifat berkaih sayang
antara makhluk di muka bumi ini, sesuai dengan kehendak agama Islam yang
menyarankan umatnya untuk berkasih sayang antara sesama makhluk.
Dewasa ini,
isu berkaitan penderaan haiwan semakin diperkatakan. Saban hari, ada sahaja isu
yang membabitkan penyeksaan haiwan sama ada yang dilaporkan di dada akhbar-akhbar
arus perdana mahupun yang berlaku di hadapan mata kita sendiri. Statistik yang teleh
dikeluarkan oleh Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) menunjukkan
sebanyak 11,576 haiwan termasuk anjing dan kucing dihantar oleh orang ramai ke
pusat itu bagi mendapatkan rawatan dan perlindungan sementara selepas dijumpai
didera dan dianiaya oleh manusia yang tidak bertanggungjawab (Berita Harian,
2005). Selain itu, sebanyak sepuluh aduan mengenai penderaan haiwan telah dilaporkan
pada setiap hari (Harian Metro, 2012). Hal ini menjadi bukti yang menunjukkan
bahawa manusia pada masa kini semakin hari semakin hilang sifat kemanusiaan
dalam diri mereka. Haiwan-haiwan seperti kucing dan anjing acap kali menjadi
mangsa kepada pelakuan ganas dan tidak bertanggungjawab mereka.
Kes
penderaan kucing yang dilakukan oleh pusat penjagaan haiwan Petknode di
Selangor pada tahun 2011 pernah menjadi polemik dalam kalangan media massa.
Penyebaran berita tersebut melalui laman sosial mengenai kucing yang kebuluran
dan mati di pusat penjagaan tersebut telah mendapat perhatian ramai. Kes ini
telah menjadi “viral” pada satu ketika dulu. Sebanyak 200 hingga 300 ekor kucing telah
ditinggalkan tanpa pengawasan dan penjagaan yang sepatutnya oleh pemilik
syarikat penjagaan haiwan tersebut. Selain
itu, terdapat kes penganiayaan ke atas seekor kucing oleh seorang penjaja
wanita yang berlaku pada tahun lepas turut menimbulkan kemarahan kepada para
pencinta haiwan. Wanita tersebut didakwa telah memukul, menendang serta
menyakiti haiwan malang tersebut.
Dalam pada
itu, terdapat laporan akhbar yang melaporkan mengenai warganegara Myanmar yang
menjadikan kucing sebagai menu seharian mereka. Sebelum memasaknya, mereka akan
mengetuk kepala kucing tersebut sehingga mati. Kulitnya akan disiat dan mereka
hanya mengambil organ dalaman iaitu hati dan jantung untuk digoreng (Sinar
Harian, 2012). Ironinya, kes penderaan haiwan ini bukan sahaja berlaku di
Malaysia, malahan di luar negara kes ini semakin berleluasa ibarat “cendawan
tumbuh selepas hujan.” Sebagai contoh, kes yang terbaru melibatkan hampir 500
ekor kucing yang akan dijadikan hidangan eksotik di restoran-restoran di China.
Jika
dibincangkan isu ini dari perspektif tasawur Islam, prinsip-prinsip Islam dalam
hubungan manusia dengan alam sekitar juga meliputi hubungan manusia dengan
haiwan. Oleh itu, golongan yang melakukan penyeksaan ke atas haiwan ini sudah
tentu menyimpang dari aspek tasawur Islam itu sendiri yakni mereka tidak
menjaga hubungan dengan alam. Walaupun hubungan dengan Allah s.w.t perlu
dijaga, namun hubungan dengan haiwan juga tidak sepatutnya dipandang ringan.
Hal ini demikian kerana haiwan juga merupakan makhluk Allah s.w.t yang seperti
juga manusia, perlu tunduk patuh kepada Allah s.w.t. Manusia
tidak boleh membataskan kasih sayang hanya sesama manusia sahaja dan
mengabaikan hubungan dengan makhluk lain yang ada di atas muka bumi ini. Hal
ini berpandukan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Oleh itu
kita sebagai kita sebagai manusia haruslah menanamkan sifat berkaih sayang
antara makhluk di muka bumi ini, sesuai dengan kehendak agama Islam yang
menyarankan umatnya untuk berkasih sayang antara sesama makhluk.











No comments:
Post a Comment